Sunday, April 12, 2009

...:::SUBUH:::...

(name2 dlm ni xde kena mengena dgn sesape, yg xde maupun yg ade..rekaan semate..)

''farah, ko sembahyang subuh tak td?''

ain bertanya sambil mengesatkan kedua matanya. itulah yang sering dilakukan ain setiap kali bangun dari tidur..menjengah terus ke bilik sahabatnya itu, farah.

''baru bangun dari tidur barangkali'', fikir farah.

''pukul berapa ko bangun ni ain?'', farah saja bertanya kerana mahu menyakat kawannya itu yang baru sahaja bangun dari tidur.

''aaa...pukul berapa skrg ni wei?'', dalam keadaan mamai, ain melantunkan balik persoalan itu.

''eih ko ni! tanya aku balik pulak, orang tanya dia, dia pegi tanya orang balik..sah2 ko ni bangun dari tidur..tenyeh2 biji mata tu, terkeluar karang baru tau!''

ain tersengih.

''eleh..aku tanya ko sembahyang subuh tak pagi ni, ko tak jawab pun lagi tapi ko bagi aku soalan lain pulak'', bebel ain.

''aku subuh ke tak? hehehehe...ko ni macam taktau je aku. aku mana pernah tinggal subuh, kan wajib sembahyang...ko tu tanya aku, ko?'', giliran farah pula bertanyakan perihal subuh sahabatnya itu.

''aku tak sembahyangla, uzur! hik hik..hmm..aku saja je tanya ko, kot2 ko tak sembahyang, kan aku yang selalu kejut ko subuh, waktu2 macam ni takkan aku jugak yang kena kejut? ala..tak bestla..aku nak jugak rasa nikmatnya tidur sampai matahari naik sikit, hehe.. tapi aku still ragu2 la...betul ke ko sembahyang pagi tadi? huhu...''

dalam hati farah,''kurang asam punya budak, macam tau2 je, ish!''

''iye...........aku sembahyang tadi................tapi sekali dgn dhuha...hahahaha!'', jawab farah dan dia pasti jawapannya kali ini mampu memuaskan hati ain.

''hahaha...aku agak dah ko..hampeh betul'' ain menyambung tawa farah.

''ko ni, dah tau aku macam mana tapi still jugak tanya, ala...bukan senang aku nak solau dhuha tau!''

''yelah.....tapi seminggu aku uzur, seminggu la ko solat dhuha?bagus..bagus..murah rezeki ea...''

''haah'',selamba farah menjawab.
''nak buat macam mana? dah takde sape pun yang sudi nak kejut aku..nak harapkan orang lain dalam rumah ni...hmmm...tak payah....semua pentingkan diri sendiri..'', keluh farah.

ain memonyokkan mukanya, habis hilang keayuan semulajadi wajahnya.''aku pun ke?''

''eh..eh..ko tak la..ko la sahabat aku dunia akhirat, hehe'', hilang monyok muka ain mendengar kata2 sahabatnya itu. dia tersengih manja.

''sampai bila kita nak macam ni ye? bukan kehendak kita..aku penat dah menangis tiap kali bangun pagi tengok2 tingkap je, dah cerah..rasa macam nak menjerit je...lepas tu, aku terus terbayangkan ummi aku kat malaysia, dia tak pernah jemu kejut aku subuh sebab walid aku pentingkan solat berjemaah..kan best kalau keluarga aku duduk sekali kat mesir ni'', luah ain.

kemudian farah menyambung,'' nasib kita serupa ain. kat malaysia, subuh aku tu kadang2 lewat jugak sebab aku ni jenis liat nak bangun tapi tak pernah la tertinggal sebab nanti kena bebel dengan mak aku. duduk negara orang ni memang mencabar kan ain. waktu subuh bukannya sama macam waktu subuh kat malaysia. subuh sini awal pastu berubah ikut musim pulak tu.. awal sangat bagi kita yang dah biasa bangun pukul 6 kat mesia. kalau kat sini bangun pukul 6...hmmm matahari dah naik pun...takde harapan..dhuha jela..''


''tapi kan farah, aku rasa bukan kita je yang mengalami masalah ni, subuh gajah ke subuh dinasour ke, subuh semut atau kuman sekali pun..dari golongan remaja macam kita ni sampaila yang tua2 tu'', dengan yakin ain menyuarakan pendapatnya.

''hah?! betul ke? yang tua2 pun..ko pernah jumpa ke?'', tanya farah, inginkan kepastian.

''ha la. satu family aku pernah tertinggal subuh sekali dulu, ummi dgn walid tu tak dengar bunyi jam loceng katanya. tapi tu takpe. tak sengaja. lagipun masa tu baru balik dari kampung, semua kepenatan...sampai kesiangan esoknya, hehe..'',cerita ain.

''eh ain, memandangkan ko ni kelihatan lebih berilmu dari aku, yela..aku ni sekolah agama pun tak habis, sampai form3 je, lepas PMR aku macam entah pape, aku pun blah, hehe....hmm.. yang aku tau, kalau kita tertidur pastu terlepas subuh takpe kan? tapi kena qada' la sebaik je sedar. ye ea?'', tanya farah menginginkan kepastian daripada sahabatnya yang mendapat pendidikan agama sejak kecil sehinggalah habis sekolah menengah.

''haah...cuma ko je yang terlebih baik, siap dhuha lagi! hahaha!'' seronok ain memerli farah.
farah lantas mencebikkan mukanya kepada ain. ain tergelak kecil.

''tapi farah, ada 2 golongan yang dikategorikan sebagai tertidur ni. yang sengaja tertidur dan yang tak sengaja tertidur....'' belum sempat ain menghabiskan kata2nya, farah mencelah.
''aik, ada pulak macam tu ye? dah katanya TERtidur, TER...so maksudnya tak sengajala kan?''

ain yang bengang percakapannya disampuk berkata,''ko ni, dengar aku habis cakap dulu''

''hoi! komunikasi mana ada sehala, orang komunikasi 2 hala la! takkan aku nak biar ko cakap sorang2.''

''hik hik hik'', ain tersengih. dalam hatinya, ''betul jugak cakap farah''
''yelah2 mintak maaf, aku silap, huhu..''

''taupun, cepat cerita balik pasal 2 golongan tu'' pinta farah sambil menarik muka.

''ok. golongan yang sengaja tertidur. aku ambil ko sebagai contoh k? senang sikit ko nak paham.
ko tau yang ko ni jenis susah nak bangun subuh tapi ko still gak tidur lewat. contohla, kebiasaannya ko boleh bangun subuh kalau ko tidur pukul 11, tapi ntah kenapa ko menggatal nak tidur lewat2 sampai pukul 1 or 2, chatting dengan pakwe kot, hehe..sampai menyebabkan ko tak bangun subuh. tu kira sengaja la tu sebab tidur lewat tu ko boleh elak sebenarnya. contoh lain, kononnya ko stay up nak study...ko berjaga sampaila pukul 3 pagi. pastu ko rasa macam mengantuk..dan nak tido tapi ko dah tau kalau ko tidur pukul 3 tu, kompem2 ko tak bangun subuh. masalah ni pun dikira dalam sengaja. contoh lain lagi, aku tengok dahi ko tu berkerut semacam je, hahaha. hmm...masalah kali ni pulak, ko dah bangun awal2 dah time subuh tu, tepat time pak bilal melaungkan azan..tapi ko tarik selimut sambil berkata dalam hati ''kejap lagilah, awal lagi ni..5 minit je..'' tak boleh macam tu, dah masuk waktu sepatutnya terus sembahyang''

terkebil-kebil farah mendengar perbahasan ain. terasa juga apabila diperli sahabatnya itu pasal 'berchatting dengan pakwe'. dalam hatinya, ''pelik aku dgn ain ni, muka punya la cun, putih melepak, sopan, baik...tp takde pakwe. taknak rasa ke dia? eh, lupa pulak, dia ni kan 'alim type'.. mana nak couple2 nih. yang aku ni pun satu, bila la nak berubah..padahal tau je benda tu salah, huhu..''

''...farah...farah! ko tak dengar ke aku panggil ko ni?!'' farah tersentak bila ain mencubit pehanya.

''eh..eh..sori, tak dengar, hehe..''

''yang ko ni tengok aku sampai tak berkelip mata tu kenapa? aku taula aku tak basuh muka lagi, gigi pun tak gosok lagi tapi................aaa....aku tau, ko tatap aku sebab aku cute ea??? hehehehe..''

''eih, perasanla ko!'', tapi dalam hati kecilnya, farah memperakui kebenaran kata2 ain.
''dah2, sambung pulak pasal golongan yang satu lagi wahai ustazah ain ihtisyam ku sayang..''.
''ain ihtisyam..mata yang malu..ye malu untuk memandang ajnabi..mata yang malu untuk melihat kemungkaran.kau memang mata yang malu ain'', monolog farah.

''sekarang aku terangkan kat ko pasal golongan tertidur yang tak sengaja pulak. ko jadi contoh lagi ye, hehehe..ok. macam ni pulak kesnya, ko dah tau kebiasaan ko akan bangun subuh dan pasti akan bangun subuh tapi tiba2 pulak hari tu, ko tak bangun, terlajak, mimpi best kot, dating dgn pakwe, hehe..tu kire tak sengaja la..padahal selalunya ko bangun. contoh ko tidur pukul 11 malam dan biasanya ko akan bangun pukul 6 sharp! tapi hari tu terlajak sampai pukul 8 pagi sebab mimpi best, hehe..kalau kes macam ni takpe, syara' memaafkan. lebih kurang jugak macam kes family aku yang kepenatan malam tu sampai kesiangan. jelas cik farah mumtaz?''

''habis tu, kalau kes macam aku ni kira sengaja la? hehe...ko nak tau? aku dengar je alarm aku bunyi tiap kali subuh..tapi aku bengang sebab bising then aku terus tutup, bangun2 tidur je dah terang pastu terus menyesal tapi esoknya aku buat lagi benda yang sama. aku tak tau la setan mana entah yang hasut aku, huhu..''

''taupun salah. dah tu esok buat lagi''

''hehe''

''sengih2 plak minah ni. lainla aku..aku pasangla alarm kuat mana pun. aku tak tau kenapa aku langsung tak boleh dengar''

''ntah ko ni, naik rimas aku, bingit telinga aku dengar alarm ko. dahla bunyi bukan sekali. berkali2..pasang 2 alarm pulak tu, mentang2la ada 2 handphone. satu rumah boleh dengar tau tak. bukan boleh..memang dengar pun. huh!''

''aik, marah nampak. kire ok la tu aku pasang alarm, aku ada usaha. usaha aku berhasil sebab dapat bangunkan ko tapi masalahnya ko tu yang liat, hampeh betul''

''haah kan...aku memang liat. mak aku pun cakap macam tu. macam keropok lekor''

''keropok lekor.....sedapnya farah...dah setahun kita tak makan..ko tu harap je orang terengganu tapi kenapa tak bawak keropok lekor masa datang sini, apela ko ni..rugi...''

''aku rugi ke..ko yang untung? ko tu dahla makan banyak. tak padan dengan badan yang macam papan..aku tak sempat makan, ko dah habis telan''

''hehehehe....ermm, ko nak tanya apa2 lagi tak, aku nak gosok gigi ni, pastu nak masak sarapan. eh hari ni isnin, ko puasa kan?'', ain bertanya, saja mau menduga farah.

''hah...ko nak masak ke..aku tak tau la nak puasa ke tak'', farah menggaru kepalanya sambil menelan air liur.

''hmm...kalau dah macam tu jawapannya..tak puasa la tu maknanya..aku faham ko farah''

''hehehe....ni yang aku sayang ko ni!nanti2..ada lagi aku nak tanya ni'', farah menahan ain yang baru saja ingin melangkah keluar dari biliknya.

''hah, apa dia lagi?''

''apa pulak hukum bagi kedua2 kes tertidur tu?''

''owh...lupa pulak nak bagi tau. bagi kes yang sengaja tertidur, hukumnya berdosa dan wajib qada' segera. dan bagi kes yang tak sengaja, hukumnya tak berdosa tapi sunat qada' dengan segera. perincian hukum ni dari kitab2 ulama' muktabar.''

''kalau seminggu berturut2 tertidur macam mane?''

''ko ke?hehe..takdela gurau je. kenala bermujahadah. lawan hasutan setan tu. benda ni jadi tanggungjawab ataupun tuntutan orang sekeliling sebenarnya especially kawan serumah. kalau dah payah sangat nak bangun tu, biarla sampai terpaksa simbah dengan air sekalipun, buatla apa2 yang patut, asal bangun kawan tu''

''bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebajikan/kebaikan''

''meh, aku jadi penceramah kejap''

solat fardhu kan Allah dah tetapkan waktu-waktunya yang khusus, macam dalam firman Allah yang ni, maksudnya : Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya”. (an-Nisa’: 103)
jadi, kita wajib tunaikan solat pasa waktunya. bukannya solat zohor time asar, lainla jamak ta'khir. sape2 yang saja solat kat luar waktu, kenala tanggung dosa sebab dia ambil ringan akan solatnya padahal solatla benda pertama yang dihisab kiamat nanti.

kita kena ingat azab yang Allah dalam salah satu firman-Nya:
Apakah yang memasukkan kamu ke dalam (neraka) saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang dan kami pula tidak memberi makan kepada orang-orang miskin dan adalah kami membicarakan perkara-perkara yang batil, bresama-sama dengan orang yang membicarakannya dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian (Al Muddathir : 42-47)

dan bagi kes2 yang tak sengaja, sebaik saja dia bangun dari tidur, dia sedar dia sudah terlepas dari subuhnya dan kemudian terus menunaikan solat yang dia tertinggal..kes macam ni takpe. sebab ada hadith yang mafhumnya:
Barangsiapa yang tertidur atau terlupa mendirikan sembahyang, maka hendaklah dia sembahyang apabila mengingatinya dan tidak dikenakan kaffarah melainkan dengan melaksanakan perkara tersebut. (Al BUkhari (572), Muslim (684) dan lainnya.

''fuhh! faham dan jelas sayangku???'' tanya ain sebaik saja dia habis menjelaskan semuanya kepada ain sambil menghembuskan nafas kelegaan.

''wah....faham3! bagusla ada kawan macam ustazah, hahaha! jadi doktor boleh, jadi ustazah pun boleh..hehe''

''dah2, nak bodek2 pulak, jangan risau, aku takkan tarik balik niat aku nak buat sarapan hari ni. aku ni bukan serba tahu sangat pun...aku tau pun sebab baca blog2 yang islamik sikit, aku ni kan malas nak pergi kelas agama tiap pagi tu so baca kat internet jela, haha!''

''betul..betul..betul..ko malas...aku sejuta kali malas, hahaha!




p/s...alhamdulillah siap pun cerpen pendek pertama aku! aku takde bakat pun. ni percubaan pertama..kalau ada respon baik dari pembaca..aku buat lagi tapi bukan musim2 exam ni la. lepas final nanti ke...hmm..segala yang baik dari cerpen ni, ambik la buat jadi teladan. yang buruk2 tu jauhkan, jangan diikut..parah nanti...allahu'alam bissawab..

dikarang oleh aku start maghrib 12/4 sampaila 6.13 am 13/4 (waktu mesir)...berbekalkan sedikit info dari web yang tertera kat pic di atas nih.aku buat ada pause2 la..takdela continuously...aku pun perlukan tidur n study!
k,salam!

5 comments:

clue said...

bes!!!!!!!!!!!!!!!!!!
bes bes bes bes bes (selang 460 jam 59 mnit dan 43 saat kemudian)
bes bes bes bes bes!!!!!!!!!!!
cerpen yg bermakna dan menginsafkn
ain=kak ana hehe

yuyu said...

tu huda- oit! ain is ain. kak ana is kak ana. we are not that same ok..

clue said...

hehe
ok2

dealova said...

ok..
kak yuyu nk jadi penulis pulak..

yuyu said...

to huda-tau takot, haha

to dealova-ketensionan study mmbuatkn k.uu mnjadi penulis scara tibe2, hahaha