atok..
terlalu awal rasanya atok pergi meninggalkan cucumu ini..
yang masih rindukan hangat kasihmu..
rindukan senyum tuamu..
juga gurauan manjamu..
atok..
aku sangat bersyukur di kurniakan seorang atok sepertimu..
hanya satu dalam beribu..
atok..
masih segar diingatanku..
saat-saat manis kita bersama..
saat itu..
atok menahankan bas untukku ke sekolah..
atok berpesan kepada pemandu bas itu dan ini..
betapa prihatinnya dirimu saat itu..
bimbang akan diriku..
kerana itulah pertama kalinya aku ke sekolah dengan bas..
risaunya atok akanku..
masih ku ingat..
aku pulang lewat ke rumah..
tika aku berhati-hati membelokkan skuter kesayanganku..
aku dapat melihatmu di celahan tingkap..
menongkatkan dagumu
menanti kepulanganku penuh kerisauan..
kata opah..atokmu menunggumu sekian lama..
oh atok! maafkan cucumu..
bukan niatku membuatmu risau..
ingatanku segar lagi..
di saat melihat telatah lucumu pabila di bebel oleh opah..
sungguh sabar atok menahan telinganya mendengar bebelan opahku..
kata atok padaku 'opahmu memang begitu' sambil tersenyum nakal kepadaku..
aku ketawa...sungguh bahagia kita di saat itu tok...
sayangnya atok padaku..
dia tak pernah lupa menanyakan makan minumku..
setiap kali aku pulang dari menuntut ilmu..
hatiya takkan puas selagi tidak melihatku makan..
ah! betapa mengambil beratnya dirimu..
asal saja aku memberitahu aku pulang lewat hari itu..
atok pasti akan terus berpesan kepada opah untuk menyimpankan lauk buatku..
aku ingat lagi..
setiap petang isnin dan khamis..
atok tahu aku pasti berpuasa pada hari tu..
dan atok akan bertanya
'ana, hang nak apa? atok nak pi pekan sat gi'
aku cuma diam..dan atok bertanya lagi,
'nak laksa?'
aku geleng kepala sambil menjuihkan bibirku..
'nak mee goreng?'
aku geleng lagi..
'dah tu, hang nak apa? mihun sup?'
aku tersengih
ah atok ni! atok sebenarnya tahu kesukaanku..
manja sungguh aku dengan atok!
dan yang pasti, tak pernah sekali pun dia tak membelikan apa-apa..
dia pasti akan membawa pulang sesuatu untukku berbuka..
bahagianya aku..
sehinggalah di waktu itu..
saat atok menderita sakit kuat..
tiada sudah atok yang menjagaku..
aku pula yang menjaga atok..
menyuapkannya makanan..
memberinya ubat..
mengurut badan tuanya..
sungguh sedih aku melihat muka pecatnya..
dalam diam aku menangis
kerana aku sangat rindukan atok yang dulu..
di waktu atok sakit..
tiada langsung ku dengar gelak tawanya..
yang ku dengar cuma sisa2 suaranya yang tidak jelas..
tiada juga senyumannya..
yang ku lihat cuma, deritanya dia menahan sakit..
siang disangkanya malam..
malam disangkanya siang..
sungguh kasihan aku melihat atok..
pagi itu..
keadaan amat kelam kabut..
atok makin tenat..
aku menangis di dalam kamarku
Yasin ku baca..itu saja yang mampu ku lakukan saat itu..
mereka membawa atok ke hospital..
petang itu aku ingin melawat atok di hospital..
aku rindukan atok..
kata maklang..atok kena tahan.
aku katakan kepada maklang aku ingin melihat atok..
maklang meyuruhku membawa apa-apa barang yang patut..
untuk atok dan opahku yang akan duduk di sana menemankan atok..
aku sangat gembira..
aku nak jumpa atok!
di sana..
kami bergegas ke wad atok..
tika kaki kami baru melangkah menuju ke wad atok..
di hujung koridor..
tiba-tiba aku melihat satu troli disorong..
satu jasad yang sudah ditutup seluruh tubuhnya..
aku tidak fikir apa-apa
yang aku fikir, aku ingin segera melihat atok..
troli yang didorong itu semakin dekat dengan kami
'ana! atok dah takde!'
Innalillahiwainnailaihiroji'un..
terkejut aku kala mendengar jeritan maklangku..
aku terkesima melihat di tepi troli ada opahku yang sedang memeluk bantal atokku..
matanya merah..
maklangku terus meraung...
aku masih lagi diam
sambil kaki melangkah ke arah jasad atokku yang sudah tidak bernyawa
aku mengikuti mereka ke bilik mayat..
tiada langsung air mataku yang menitis..
bukannya tidak sedih dengan pemergiannya..
tapi aku masih lagi tak percaya bahawa aku kehilangannya..
sehinggalah di satu saat
tika aku ingin menyampaikan berita itu kepada mama dan ayah..
barulah berderaian air mataku mengalir..
tiada henti-henti..tersedu sedan aku menyampaikan berita sedih itu..
saat itu baru aku sedar
tiada sudah atok yang akan menanyakan makan minumku
tiada sudah atok yang akan menunggu kepulanganku
tiada sudah atok yang akan menemankan berbuka puasa
tiada sudah....
Ya Allah..Kau cucurilah rahmat dan kasih sayangmu buat roh atok yang amat ku cintai..
tempatkanlah dia di kalangan hamba-Mu yang Kau redhoi..
Amin Ya Robbil 'Alamin..
Allahyarham pergi selama-lamanya pada Mei 2008
mengidap kanser paru-paru
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment