Wednesday, December 31, 2008

:::OH JIWAKU:::


Oh jiwaku,

marilah merasai dekat dengan Islam dekat jua dengan Allah Taala

Ketahuilah jiwaku
Natijah yang Nampak seolah-olah islami
Tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah
Ditolak oleh Allah swt dan pelaku-pelakunya pula diseksa oleh Allah swt.
Satu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra ajar kita renungkan..

Perkara pertama yang akan diputuskan dihari kiamat ialah seorang yang mati syahid, maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya:
Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?
Jawabnya:
Saya telah berjuang untukmu sehinggalah mati syahid.
Jawab Allah:
Dusta engakau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian.
Kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.

Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar Quran. Allah yang maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai Qori. Kemudian diseret mukanya ke dalam neraka.

Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.

Duhai jiwaku..
Tidakkah hadis ini cukup menggerunkan?
Sedangkan seorang yang mati syahid, qori dan dermawan pun dicampakkan ke neraka.
Inikan pula aku?
Sudahlah sikit amalku
Bercampur-baur pula dengan karat mazmumah
Biarpun hatiku dekat dengan islam
Namun bersihkah engkau duhai hatiku?

Persedian hati perlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mu’alaqatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukannya sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan Allah serta menjauhi segala larangannya secara menyeluruh. Inilah hakiakt perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabial jelas hubungan hati dengan Allah.

Hayatilah bagaimana dekatnya para rasul dan pengikutnya dengan Allh dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta Allah agar menjadi sebati dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam Kaafah!!! Bukan sekadar system pentadbiran yang perlu Islamik tetapi system diri kita juga perlu islami merangkumi hati, pemikiran dan amalan. Berkata Hasan Al-Hudaibi: tegakkan islam dlam diri, nescaya tertegaklah islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya?

Kekuatan hubungan dengan Allah sajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syarat-syarat keislaman. Inilah rahsia kekuatan yang sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan Allah swt. Walaupun ditempat sunyi atau dikhalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rsulullah saw kepada sahabat sehingga dikenali sebagai generasi Al-Quran yang unik.

Iman mereka diikitiraf oleh Allah dan apa yan wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku mereka. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menolah hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan u’budiyyah kepada Allah (iaitu menegakkan islam dalam diri dan di muak bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai 1 prinsip yang utama.

Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah, jernih dengan fikrah islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi Al-Quran yang unik.

Oh hati!
Kenapa ruhiyyahmu gersang?
Adakah kau jauh dari Allah?
Aduhai…
Hati sebeginikah yang akan membawa orang mengenali Allah?
Oh hati!

petikan dari sebuah novel...

1 comment:

clue said...

petikan dri tautan hti..
sungguh..
insaf skjp pas bce
ps2h wat blek
isk3. trok tol.
oh hti !