Wednesday, December 31, 2008

:::OH JIWAKU:::


Oh jiwaku,

marilah merasai dekat dengan Islam dekat jua dengan Allah Taala

Ketahuilah jiwaku
Natijah yang Nampak seolah-olah islami
Tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah
Ditolak oleh Allah swt dan pelaku-pelakunya pula diseksa oleh Allah swt.
Satu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra ajar kita renungkan..

Perkara pertama yang akan diputuskan dihari kiamat ialah seorang yang mati syahid, maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya:
Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?
Jawabnya:
Saya telah berjuang untukmu sehinggalah mati syahid.
Jawab Allah:
Dusta engakau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian.
Kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.

Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar Quran. Allah yang maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai Qori. Kemudian diseret mukanya ke dalam neraka.

Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.

Duhai jiwaku..
Tidakkah hadis ini cukup menggerunkan?
Sedangkan seorang yang mati syahid, qori dan dermawan pun dicampakkan ke neraka.
Inikan pula aku?
Sudahlah sikit amalku
Bercampur-baur pula dengan karat mazmumah
Biarpun hatiku dekat dengan islam
Namun bersihkah engkau duhai hatiku?

Persedian hati perlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mu’alaqatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukannya sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan Allah serta menjauhi segala larangannya secara menyeluruh. Inilah hakiakt perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabial jelas hubungan hati dengan Allah.

Hayatilah bagaimana dekatnya para rasul dan pengikutnya dengan Allh dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta Allah agar menjadi sebati dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam Kaafah!!! Bukan sekadar system pentadbiran yang perlu Islamik tetapi system diri kita juga perlu islami merangkumi hati, pemikiran dan amalan. Berkata Hasan Al-Hudaibi: tegakkan islam dlam diri, nescaya tertegaklah islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya?

Kekuatan hubungan dengan Allah sajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syarat-syarat keislaman. Inilah rahsia kekuatan yang sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan Allah swt. Walaupun ditempat sunyi atau dikhalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rsulullah saw kepada sahabat sehingga dikenali sebagai generasi Al-Quran yang unik.

Iman mereka diikitiraf oleh Allah dan apa yan wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku mereka. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menolah hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan u’budiyyah kepada Allah (iaitu menegakkan islam dalam diri dan di muak bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai 1 prinsip yang utama.

Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah, jernih dengan fikrah islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi Al-Quran yang unik.

Oh hati!
Kenapa ruhiyyahmu gersang?
Adakah kau jauh dari Allah?
Aduhai…
Hati sebeginikah yang akan membawa orang mengenali Allah?
Oh hati!

petikan dari sebuah novel...

Saturday, December 27, 2008

:::TAKMO GI SIKAH DAH!!!:::


ni gambar kat sikah...

Assalamualaikum..
tak kire, nak cite gak kat sini.. rabu lepas kitorang gi sikah coz' nak beli heater, sejuk kan..
so, gi la beramai-ramai (6 org je pun, hehe..) after practical anat class. agak susahla nak dpt teksi, adoi...tp alhamdulillah dpt gak. dah sampai tu, terusla cari kedai elektrik.. kedai 1st tu ammu nye cam kerek sket so kitorang pun mengundurkan diri. nasib baik ade kedai lain lagi. kedai seterusnya tu ok la..dapatla dah heater yg di cari2 tu. then nak balik la kan..mls nk melencong tmpt2 len. sarah ngan arina nk gi jejalan. so 4 org je yg nk balik. kitorang pun tahanla teksi...tau tak...lame gile tahan...1 pun tak dpt. sampai nak hilang dah sabar kitorang. uu ngan umi pun gi la try thn kat seberang, pun x dpt gak even umi buat aksi cekak pinggang kat situ.. haha..lawakla umi..! beberapa minit kemudian..ceh, takle bla, erm..ummu dpt thn teksi. agak benaseb bek coz' driver teksi tu nmpk kitorang melambai2 dr seberang, haha..cam tah pape.. dia pun berhenti jap nak tggu kitorang. then, kitorang pun gi la lari2 cam badot jer, huhu.. bley masuk rancangan 'most funny video'. .hehe. alhamdulillah.akhirnya dpt gak naik teksi. tp ummu ckp driver tu nak 3 genih. ok la. fine.asalkan dpt balik.nak tau tak???? rupenye driver tu gatal giler kentang r. mule2 cam tak prasan sgtla tp disebabkan he keep doing smthing yg mmg mnyampahkan! guess wat? every time die mlalui or melintasi anak2 dara misri, die g hon minah2 tu..dlm hati kitorang, ya Allah...gatal nye. ade 1 mase tu, die g wat bunyi plak mase usha $#%$^$. dahla wat terang2 dpn kitorang. giler betul. wat org takut je..nasib baik dah nak smpai.....kitorang mintak die hntar smpai depan blok. dah smpai tu byrla 3 genih kan. pastu die x puas hati plak. die ckp td mula2 2 org 3 genih. pastu + lg 2 org so kena + lg 3 genih! eeiiii...!!!! geram betul! die tggu plak tu. tepakse la kitorang bg..mls dah nk tgk muke laki gtl cmtu. dlm hati Tuhan je yg tau btape sktnye hati ni. astaghfirullah...

pasni takmo dah gi sikah!!!!!!!
klu x terdesak.

Thursday, December 18, 2008

:::EXAM:::


byknye buku ku...............................................

uwaaa.................
midterm nak dekat dah..hu...
tak abes study lg nih...adoi...sempat ke tak.............???????

2o/01/09 : physiology
22/01/09 : histology
26/01/09 : anatomy
28/01/09 : biochemistry



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, December 10, 2008

:::LAGI GAMBAR KORBAN:::


bulat kuning tu keje sarah..



inila suasana korban kami..raye ke 3..


nak angkut ke mane tu...??? hu...



di sebalik mereka tersembunyi sekor kerbau....
ganas btul agaknye smpai ramai yg kena tahan camtu...



masing2 cop tempat nak tindih kerbau tu..
tp takdela besar mane pun...



memproses time....



pelapah-pelapah daging profesional, haha..


ha...nila kerbau yg ganas tu...
lihatlah duniamu buat kali terakhir...
syurga menantimu...oh kerbau!

:::KORBAN:::

assalamualaikum..
alhamdulillah..dpt gak tgk peristiwa berdarah akhirnye..huhu..
siyes..tak penah tgk..ayam penahla..
klu tak silap..td korban talata kambing, wahd kerbau wa lembu..krg pasti..khomsah kot..
dgn semangat trun blok c nak tgk sembelih2 tu, alih2 tak dpt tgk dgn jelas...rendah 1..hu..
ramai sgt yg kerumun...mane nak nmpk..x nmpk binatang tu pun..nmpk org jer..
tak best..its ok..at least pegi..

Sejarah Haji
Munsyid : Nadamurni
Haji mengingatkan kita
Sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas
Agung lagi suci
Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya
Sejarah berkata lagi
Tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah
Taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di Tanah Haram
Suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal kepada Ilahi
Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali

Siti Hajar mencari air
Ke hujung ke pangkal
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah
Beberapa kali

Aduh hatinya cemas
Anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah
Yakin sekali
Di dalam mencari-cari
Terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan
Kaki anaknya bakal Nabi

Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam
Itulah dia air Zam-zamYang kekal hingga ke hari ini
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya
Sudahkah kita mengambil
Pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
Wajib berkorban
Taat, sabar dan tawakkal
Jadikan pakaian
Cintakan Allah
Pengorbananlah sebagai bukti

Tuesday, December 9, 2008

:::MAMA:::


mama doakanlah...

Mama doakanlah ku akan melangkah
Menyusuri waktu menjemput citaku
Mama lepaskanlah ku ke laut biru
Akan kuarungi akan kuseberangi

Mama doakanlah ku sedang melangkah
Menjalani hari menjemput harapku
Mama lepaskanlah ku dengan maafmu
Tentramkan hatiku menempuh hidupku

Doamu oh Mama selalu kunanti
Tulus dan suci dari relung hati
Doamu oh Mama selalu kunanti
Mohonkanlah Allah Rabbi besertaku selalu
Besertaku selalu...

p/s...lirik atas ni di edit sikit..heheh
munsyid seismic..
tajuk 'ibu doakanlah'
to mama :
ma..rindu nak mkn yg mama msk..
ma..kat sini takde pucuk ubi..
tak nikmatla...
hu...
ma...sejukla sini....
nak dekat 2 minggu tak baik2 lagi ni...
huhu...
saye ade mama je kat umah yg saye bleh cite
everything...
takkan nak story kat ayah kot..or adik-adik
lelaki saye...
hu..
mmg tak sesuai..
haha..
mama la mama
mama la kawan
=p

:::PERASAN:::


salam...

''cun gak blog aku ni...haha..prasan sendiri''

coz warne biru! tu je...!

heheh..
to wana : jgn jeles!

:::RINDU:::


rindu...mama...

rindu...ayah...

rindu...adik2....
abang...
ayim...
sani...
iman...
haziq...
huhu.....sumenye hero.....
rindunye kakak kat semua!!!!


Font size

:::HEPI EID ADHA:::



Get ISLAMIC-Graphics

Monday, December 8, 2008

:::AHLAN:::




My World



assalamualaikum wbt
posting 1st...
heheh..

Selamat datang adik
Ini kota sesak
Dunia Batu Kaca
Bisa sesat dan keliru

Jalan ini sibuk
Siapapun takkan berhenti
Mobil silih berganti
Sekalipun kau melintasi
Ada asap hitam memedih

Kota ini panas
Hidup tanpa daunan dan pohonan
Namun bersabarlah dan bersyukurlah
Tingkatkan taqwa
Imanmu kan terduga
Dalam mencari keredhaan Allah

Selamat datang adik
Ke Dunia Batu Kaca
Bisa sesat dan keliru
Kerna neonnya terpadam

Di kota ini berjuanglah
Seteguh kasih ibu
Kitab pemberian ayah
Berilmulah semulia ke arahnya

Jaga dirimu adik
Berilmu dengan mulia
Mengutip mutiara
Di Dunia Batu Kaca
Bekalan untuk ke sana

by mirwana..dunia batu kaca..